Peranan NGO Islam di Malaysia

PENDAHULUAN


       Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang maju membangun dan menjadi antara negara yang dicontohi oleh negara-negara Islam yang lain. Kejayaan pembangunan ekonomi yang pesat dan kestabilan dari segi politik merupakan elemen utama dalam menilai kejayaan itu meskipun struktur penduduknya terdiri dari pelbagai latar belakang kaum, bangsa, bahasa dan agama. Sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara, Islam telah memainkan peranan yang sangat penting dalam arus utama pembangunan negara sama ada pembangunan yang bersifat spiritual mahupun material. Pembangunan berteraskan Islam ini termasuk lah yang merangkumi pembangunan dari segi pentadbiran, pendidikan, perundangan dan perekonomian bagi memajukan Islam dan memperbaiki taraf kehidupan seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Namun hal ini turut dibantu oleh pelbagai organisasi lain seperti pihak NGO . 

        Dari aspek teoritikalnya, kewujudan dan aktivisme NGO dapat dikenalpasti dalam kerangka masyarakat sivil (civil society). Ciri-ciri utama masyarakat sivil adalah kewujudan NGO sebagai aktor utama dalam memainkan peranannya untuk menciptakan ruang yang seluas-luasnya dalam berkomunikasi di antara kalangan orang awam dengan kerajaan. Ruang komunikasi ini berkaitan dengan masalah-masalah kemasyarakatan yang dilakukan secara bebas dan berdikari dari campur tangan mana-mana pihak. Sedangkan, ditinjau secara konseptual, NGO adalah satu medium bagi penyertaan sosial dan politik rakyat demi menciptakan hubungan yang lebih berkesan dengan pihak kerajaan. Banyak juga NGO ditubuhkan bagi membantu pelaksanaan dasar-dasar kerajaan, bahkan sesetengahnya pula diwujudkan sendiri oleh kerajaan atas sebab pelbagai kepentingan politik, pentadbiran dan pelaksanaan dasar kerajaan. Namun ada juga NGO yang diasaskan atas tujuan mencabar kelemahan-kelemahan kerajaan atau menawarkan ideologi alternatif (Saliha 2000).


Apakah itu NGO ?


NGO bermaksud " Pertubuhan Bukan Kerajaan " dan fungsinya boleh berbeza-beza secara meluas dari organisasi perkhidmatan untuk menjaga hak asasi manusia . Ia juga ditakrifkan sebagai " sebuah organisasi antarabangsa yang tidak diasaskan oleh perjanjian antarabangsa " oleh Bangsa-Bangsa Bersatu , NGO berusaha untuk memberi manfaat kepada masyarakat dari tempatan ke peringkat antarabangsa . Sebagai contoh negara dalam kegawatan ekonomi rakyat sedang susah makanya ada peranan yang dimainkan NGO, misalnya dalam bidang ekonomi; peruncitan dalam membantu keadaan semasa negara. Sebanyak 67,355 NGO yang telah berdaftar dengan Akta Pertubuhan 1966 di negara kita. NGO disifatkan sebagai pihak ketiga dalam membantu membangunkan negara.

NGO ISLAM

       NGO Islam merupakan antara organisasi yang ditubuhkan untuk mengislahkan masyarakat ke arah membina kehidupan yang lebih baik berteraskan ajaran Islam yang suci. Selain itu, penubuhan badan dakwah tersebut bermatlamat untuk membentuk masyarakat yang sentiasa taat kepada perintah Allah dengan mengadakan seruan dakwah Islamiah kepada masyarakat Islam. Namun, realiti kehidupan kini menunjukkan keadaan masyarakat di negara ini masih lagi bergelumang dengan kemaksiatan dan keruntuhan modal insan sebagai seorang Muslim, bahkan fenomena ini semakin berleluasa dan sangat membimbangkan. Hanya segelintir sahaja masyarakat Islam di negara ini yang memegang teguh kepada ajaran Islam yang sebenar sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Quran dan al- Sunnah. Malah sebahagian masyarakat Islam lain masih jauh ketinggalan dan lalai dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

      Walaupun badan-badan dakwah telah diwujudkan di seluruh negeri, tetapi masalah sosial dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini semakin membimbangkan. Mereka sangat memerlukan tarbiah dan didikan agama secara berterusan dan bersistematik. Sebagai badan dakwah, NGO Islam perlu berperanan dalam mengatur aktiviti dan program secara berkala untuk menjadikan masyarakat memahami dan menghayati ajaran Islam yang suci serta memperbaiki kehidupan mereka ke arah kebaikan.

Apakah Peranan NGO Islam di Malaysia?

     Fungsi sebenar NGO Islam adalah sebagai mengerakkan masyarakat ke arah yang lebih baik . Di samping itu , mampu menaiktarafkan kehidupan masyarakat tempatan yang kurang bernasib baik di negara ini . Tambahan pula dengan keadaan ekonomi pada tahun 2020 ini semakin mencabar kerana berlakunya satu wabak penyakit yang sangat bahaya ( Corona Virus ) sehingga menjejaskan tubuh badan manusia dan juga memberi kesan terhadap ekonomi negara . Oleh itu , orang ramai terpaksa diberhentikan kerja dan terpaksa menganggur buat sementara waktu bagi memastikan keselamatan diri terjamin . Pergerakan masyarakat juga terhad akibat daripada PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan ) yang dilaksanakan okeh pihak kerajaan pada baru-baru ini . Dengan adanya NGO , dapat membantu mereka yang kurang bernasib baik dari segi kewangan , pakaian , makanan , tempat tinggal , ubat-ubatan dan lain-lain . 

    Selain itu , peranannya juga adalah untuk memperjuangkan dasar nilai-nilai universal seperti demokrasi , keadilan , kebebasan , kesaksamaan , setia kawan , keamanan dan perpaduan serta keharmonian hidup antara masyarakat . Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang penuh dengan pelbagai kaum , adat resam , bangsa dan agama . Jika terdapat satu organisasi yang mampu mengekalkan keharmonian antara kaum yang mempunyai pelbagai agama ini , ia mampu mengelakkan masyarakat berpecah-belah serta mengelakkan kemunduran negara . NGO Islam mampu menyebarkan unsur-unsur baik berpandukan ajaran Islam kepada orang ramai . Saling bantu-membantu antara satu sama lain tidak kira pangkat , darjat mahupun tahap kekayaan . Dalam Islam , konsep kesamarataan perlulah diamalkan oleh semua umat Islam di muka bumi . 

    Di samping itu , pada pandangan peribadi penulis , salah satu peranan penting NGO Islam yang perlu diberi kredit ialah dalam bidang pendidikan dan keilmuan . Sumbangan di bidang pendidikan yang dimaksudkan di sini ialah aktiviti-aktiviti dan kegiatan-kegiatan yang menjurus kepada pendidikan formal ( termasuk pra-sekolah/tadika) manakala bidang keilmuan termasuklah usrah-usrah , kelas-kelas pengajian berkala di masjid dan surau serta program-program motivasi dan kepimpinan . Berikut adalah beberapa inisiatif yang telah diusahakan di bidang pendidikan dan program keilmuan oleh NGO-NGO yang berikut : 

1. Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia ( PERKIM )



    - Kelas-kelas Pengajian Berkala   

    - Program Pembangunan Diri

    - Majlis Mauizah

    - Kursus Kesedaran Islam / Bina Insan / Kepimpinan / Pembangunan Belia 

    - Pendidikan Kanak-kanak dan Unit Kaunseling 

    - Program untuk Saudara Kita 


2. Yayasan Amal Malaysia ( AMAL )



    - Karnival ' Amal Merdeka '

    - AMAL Berambeh

    - Usrah atau Diskusi Intelligentsia

    - Kelas-kelas Pengajian Berkala 

    - Forum Perdana / Forum Remaja

    - Program Motivasi dan Tamrin Kepimpinan 

    - Bengkel SMART Solat

    - Ziarah Dakwah ke Masjid-masjid / Surau-surau

NGO Islam jadi kumpulan semak, imbang dasar kerajaan


KUALA LUMPUR: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam perlu berperanan sebagai kumpulan semak dan imbang yang profesional serta berilmu terhadap semua polisi kerajaan berkaitan kepentingan agama dan ummah di negara ini.

Setiausaha Agung Persatuan Ulama' Malaysia (PUM), Dr Roslan Mohd Nor, berkata keupayaan memainkan peranan itu penting untuk memastikan Islam terpelihara mengikut konteks maqasid syariah (tujuan syariah) yang sebenar.

"Antara peranannya adalah bertindak sebagai agen perubahan dalam memberi kesedaran dan mendidik masyarakat berkaitan dengan hal keagamaan.

"Perubahan yang kita lakukan dalam masyarakat mestilah tidak lari daripada tuntutan syariat seperti apabila kita diminta memahami kehidupan beragama dalam masyarakat, maka keutamaan mesti dalam menjaga kepentingan Islam.

"Mengikut maqasid syariah, keutamaan adalah pada memelihara dan memajukan syiar Islam, tetapi agama lain boleh dihormati seperti termaktub dalam prinsip Perlembagaan," katanya kepada BH.

Sentiasa bekerjasama

Roslan berkata, NGO Islam perlu lebih berperanan dengan menumpukan usaha berbentuk keilmuan dalam mendepani pelbagai cabaran khususnya fahaman moden seperti liberalisme.

Beliau mengakui jumlah penerbitan ilmu yang diterbitkan NGO Islam masih belum mencukupi.

"NGO seperti PUM dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengeluarkan bahan bacaan tetapi kita perlu kepada usaha lebih menyeluruh.

"Antaranya kerjasama dengan universiti tempatan untuk mendapatkan pandangan pakar sehingga dapat menerbitkan bahan ilmiah yang boleh memperkasakan Islam," katanya.

Roslan menyarankan NGO Islam untuk sentiasa bekerjasama dengan kerajaan kerana mereka mempunyai kuasa dalam menyekat penyebaran bahan bacaan bertentangan yang boleh menjejaskan akidah umat Islam.

"Kita berharap kerajaan melihat keadaan semasa NGO dan memberikan peruntukan untuk terus mempergiat kerja memperkukuhkan Islam," katanya.

Beliau berkata, penganjuran dialog terbuka juga penting untuk memastikan rakyat Malaysia memahami citra antara penganut agama yang berbeza.

Katanya, Islam tidak menutup pintu dialog, tetapi mekanisme perlu tepat supaya jati diri dan kepentingan agama terpelihara.

Proaktif tangani cabaran

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Kajian Sosial dan Masyarakat, Shahlan Shahruddin, berkata NGO Islam perlu lebih proaktif dalam menangani cabaran pelbagai fahaman dengan membuat persediaan ilmu dan fakta, selain bertindak lebih profesional untuk menentang pihak yang cuba mengganggu kedaulatan Islam.

Shahlan berkata, setakat ini, NGO Islam lebih kerap membuat bantahan dengan membuat laporan polis terhadap perkara membangkitkan sensitiviti umat Islam bukan saja kerana menghormati peraturan perundangan tetapi turut menjaga keharmonian masyarakat pelbagai kaum.

"NGO Islam memilih untuk membuat laporan bagi hal yang tidak disenangi umat Islam kerana ia saluran undang-undang yang ada buat masa ini.

"Kita mengambil sikap menghormati demokrasi tetapi sekiranya provokasi terhadap Islam sehingga ke tahap melampau dalam kenyataan atau media sosial, tentunya kesabaran kami akan tercabar.

"Justeru, kita minta semua pihak jangan keterlaluan sehingga NGO Islam mungkin turun di jalanan untuk menyahut provokasi mereka," katanya.

Lebih ruang bersuara

Mengenai tiada tokoh NGO Islam yang mempunyai keilmuan tinggi dan dihormati kerajaan serta masyarakat, Shahlan berkata, ramai pimpinan NGO yang berilmu dan profesional tetapi ditenggelami oleh populariti ahli politik.

"Ramai juga yang kurang gemar menonjolkan diri kerana enggan dilabelkan menyokong kepada parti tertentu.

"Golongan cendekiawan pimpinan NGO susah tampil memberikan pandangan disebabkan masyarakat kita yang mengamalkan politik hitam putih.

"Apabila bersuara, secara automatik dianggap sebagai partisan. Oleh itu, mereka tidak mahu ke hadapan kerana wujud persepsi sedemikian," katanya.

Justeru, beliau berharap, pimpinan NGO Islam diberi lebih peluang untuk bersuara tanpa ditekan atau ditafsirkan partisan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Antara contoh-contoh NGO Islam:

Antara pertubuhan yang didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) adalah:


    Memelihara kebajikan ahli masyarakat yang lain sememangnya dituntut oleh Islam. Bila kita bercakap tentang kebajikan ahli masyarakat yang lain, biasanya kita akan terbayangkan usaha-usaha untuk mencukupkan keperluan golongan yang tidak berada. Misalnya, membantu fakir miskin, membantu golongan yang kurang upaya dan sebagainya. Lazimnya, bantuan yang kita berikan adalah dalam bentuk material atau khidmat bakti. Walau bagaimanapun, Islam pergi lebih jauh dari itu. Dalam Islam, menjaga kebajikan ahli masyarakat yang lain bukan sahaja merujuk kepada memenuhi keperluan fizikal dan material, tetapi juga keperluan spiritual. Apa yang dimaksudkan dengan keperluan spiritual ialah membantu ahli masyarakat lain untuk memiliki ilmu-ilmu kerohanian serta mengamalkannya. Dalam kata lain, termasuk di dalam konsep kebajikan ini ialah menyampaikan ilmu keagamaan serta amar maaruf nahi mungkar.

     Di dalam al-Quran dan Hadith, banyak nas-nas yang menekankan kepada konsep saling membantu di kalangan ahli masyarakat, baik dari segi material, fizikal, mahupun spiritual. Misalnya dari segi material, Allah berfirman dalam Surah ar-Rum (30), ayat 38 yang bermaksud, “Maka (bagi menyatakan sikap syukur) berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing, pemberian yang demikian adalah baik bagi orang yang bertujuan memperoleh keredhaan Allah, dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. ”

      Dari segi pemberian khidmat pula, di dalam al-Quran Allah telah menunjukkan contoh tauladan terbaik bila mana orang-orang Ansar membantu golongan Muhajirin. Ini jelas dalam Surah Anfal (8), ayat 72 yang bermaksud, “Sesungguhnya, orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman serta pertolongan (kepada orang-orang yang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi penyokong dan pembela antara satu sama lain … dan jika mereka meminta pertolongan dari kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) agama, maka wajiblah kamu menolongnya, …”


KESIMPULAN

      

        Apa yang dapat dihuraikan disini ialah sesebuah negara itu tidak boleh membangun dengan sendirinya jika tiada sokongan dari pihak organisasi lain . Pihak kerajaan juga memerlukan kerjasama pihak lain untuk membentuk negara yang aman dan harmoni . Jadi organisasi NGO ini perlulah memainkan peranannya bagi membantu masyarakat yang ada di dalam negara ini kerana mungkin ada beberapa perkara ataupun situasi masyarakat setempat yang pihak kerajaan terlepas pandang dalam memainkan peranan mereka untuk menjaga kebajikan rakyat dan sebagainya . Dengan ini , sedikit sebanyak telah mengajar kita sebagai rakyat Malaysia dalam erti membantu antara satu sama lain tidak kira bangsa , agama ataupun darjat. Kita sebagai rakyat perlu mengambil contoh yang baik daripada apa yang dilakukan oleh pihak-pihak tersebut untuk digunakan sebagai satu alternatif lain untuk membuat kebaikan sementara masih mempunyai kuderat yang kuat ini . 


SUMBER RUJUKAN :

http://eprints.utm.my/id/eprint/10433/1/PERANAN_NGO_ISLAM_TERHADAP_PERLAKSANAAN_ISLAH_DAN.pdf

https://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_pertubuhan_Islam_di_Malaysia#Pertubuhan_Bukan_Kerajaan

https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/07/452994/ngo-islam-jadi-kumpulan-semak-imbang-dasar-kerajaan

https://muhtarsuhaili.wordpress.com/2009/08/02/peranan-ngo-islam-di-sarawak-kajian-kes-di-miri/amp/

http://www.ikim.gov.my/index.php/2000/01/01/aktiviti-sukarela-satu-bentuk-kebajikan/

http://journalarticle.ukm.my/5330/1/makalah-v4n1-n3.pdf


Ulasan