Peranan NGO Islam di Malaysia
PENDAHULUAN Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang maju membangun dan menjadi antara negara yang dicontohi oleh negara-negara Islam yang lain. Kejayaan pembangunan ekonomi yang pesat dan kestabilan dari segi politik merupakan elemen utama dalam menilai kejayaan itu meskipun struktur penduduknya terdiri dari pelbagai latar belakang kaum, bangsa, bahasa dan agama. Sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara, Islam telah memainkan peranan yang sangat penting dalam arus utama pembangunan negara sama ada pembangunan yang bersifat spiritual mahupun material. Pembangunan berteraskan Islam ini termasuk lah yang merangkumi pembangunan dari segi pentadbiran, pendidikan, perundangan dan perekonomian bagi memajukan Islam dan memperbaiki taraf kehidupan seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Namun hal ini turut dibantu oleh pelbagai organisasi lain seperti pihak NGO . Dari aspek teoritikalnya, kewujuda...